Saturday, April 14, 2012

Top/Dress Benang Getah...

Assalamualaikum...
Dalam sibuk2 membaking, sempat juga CP (Cik Puan) siapkan satu top untuk Aisya...Ingatkan susah rupanya senang sangat nak jahit gunakan benang getah ni kalau nak compare ngan nak masukkan getah biasa tu, berkali-kali jari CP ni tercucuk jarum...adehh!! Sakit tau...hehehe,..
Penat jugak mencari gunting yang hilang rasa cam nak buat miscall je...heh..yang suh pasang GPS pun ada tau...hahaha...Kelass gitu, gunting pasang GPS...Last2 terpaksala CP ketuk umah jiran (ngan muka tak malu, pinjam gunting>>>ngeh ngeh ngeh..)
klik le!!
Akhirnya...siap la jugak top/dress benang getah walaupun tak berjahit tepi pun....3 hari berturut2 Aisya pakai top tu...adoiii..kut ye pun bukak le..biar mummy basuh dulu...
klik larger image
 Hmm..sempat juga CP siapkan Flower Hairclip, guna lebihan kain felt yang ada...
Aisya terpaksa posing dalm umah je...model no. 2 kena chicken pox (sian baby mummy) :(

Dalam entry kali ni tak sempat la nak tunjuk tutorial satu persatu...tapi boleh le nak share camana caranya nak buat top/ dress ngan benang getah ni..

CARA BUAT TOP/DRESS DENGAN BENANG GETAH
1. Untuk panjang kain lebihkan 1 inci untuk bawah, 11/2 untuk atas sbb nak bg kedut2 tu...
2. Lebar kain mesti lebih skit dari ukuran lilit badan bahagian dada....(CP guna 22cmx 2 keping), kemudian lipat 11/2 cm bahagian atas dan jahit dengan benang getah...so kain tu akan kedut dengan sendirinya.
3. Jahit line kedua, tarik sikit kain untuk mudahkan jahit kain yang dah kedut tu..
4. Teruskan hingga 6 atau 7 jahitan, setiap satu dalam 1/2 inci.
5. Jahit bahagian tepi kiri dan kanan dalam 1/2 inci dan bahagian bawah juga 1/2 inci.
6. Untuk tali dress, kali ni CP dandan gunakan 3 straps (1 inci lebarx3).panjang dalam 9 cm.
7. Dah siap jahitkan tali pada bahagian dalam top/dress).

Tips: Untuk jahit benang getah mulakan dalam skit lebih kurang 1/2 inci begitu juga akhirnya..lebihkan benang, lepas jahit boleh trim bahagian dalam (sbb tak jahit tepi...)

SELAMAT MENCUBA!!!

Cake in Jar....Engagement Cake..

Assalamualaikum....minggu ni minggu mambaking....
Alhamdulillah dengan rezeki  tempahan cupcake dari kengkawan...
Terima kasih ye next time boleh le order lagi..


klik pada gambar


Cake in Jar??? Mana dapat idea ni...Heheh...kawan2 Fb gak..cuma je jar yang CP gunakan tu lain sket la..ala2 jar untuk spices gitu..Ok, tempahan ni datangnya dari kawan lama CP masa belajar matriks kat Penang dulu, dah lama tak jumpa tapi cupcake menemukan kami....:) So, bila dia kata nak tunang, CP taknak la buat cupcake biasa sebab tu la bake in jar....decoration mmg simple, hehehe nanti kawan CP tu taruk la apa2 bunga ke reben tambahan yang sesuai ngan warna tema dia...Bolehhh???

Ok...yang dalam container tu pulak cupcake biasa la tempahan dari kawan matrik jugak...katanya ank2 suka makan cupcake....so, smepat la jumpa dia kat Tesco Ampang...sekejap je, tak puas nak sembang ank2  CP duk sibuk nak ajak gi tempat mainan plak...mulanya ingat nak pos je, pos cuti la pulak Sabtu minggu pertama...So, next time ada order mesti check kalendar dulu ye CP..
Dalam container ada 15 pcs, kalau nak byk pun boleh tapi kena order saiz kecik la. Ada 3 perasa, chocolate chip, cranberry  dan buah-buahan...harga memang berpatutan...boleh kata cupcake murah tapi InsyaAllah dijamin puas hati...so sesape nak cuba boleh contact CP area wangsa maju, setiawangsa, jelatek, keramat boleh jumpa mana2..luar KL poslaju tapi kos ditanggung oleh anda sendiri..

15pcs/container
RM 20 (self pick up)
poslaju bergantung pada berat..




Sunday, April 8, 2012

Felt Puppet...Homeschool

Assalamualaikum...
Entry CP (Cik Puan) hari ni pasal homeschool...Apa itu HOMESCHOOL??? Hmm..homeschool tu maknanya aktiviti pembelajaran macam kat sekolah2 tu tapi dilakukan dirumah. CP pun tak tahulah kenapa CP suka sangat buat aktiviti macam ni ngan anak2 kat rumah...Selain daripada duk ngadap ABC, 123 hari ni CP berkesempatan buat Felt Puppet ngan anak2.
Ha ini dia, dalam pack ni ada kain felt dah siap ngan lubang, jarum, benang, mata n sticker untuk puppet ni...semua lengkap cuma nak mulakan saja...Ada sesape yang berminat nak beli, boleh order ngan CP....
Harga: RM 7 (each), including postage RM 12, kalau nak jimat lagi beli banyak boleh jimat duit pos n dapat harga murah skett...Ok ada 4 jenis semuanya macam dalam gambar tu, Tiger, Girraffe, Monkey and Elephant...Sangat sesuai untuk aktiviti craft bersama anak2, boleh belajar menjahit sekali dan hasilnya hand puppet...
         
Aisya learn how to sew...hahaha, amboi sampai kebam2 mulut..
Ini dah siap dijahit, Aisya sedang lekatkan spot ngan mata untuk girraffe ni...

 
Ha...dah siap cantik tak? lepas ni boleh main ngan felt puppet ni...If you're interested, just let me know ok...
Feel free to call me 0123258297.. or just find me on facebook Yatthappygolucky.....tq.

Thursday, April 5, 2012

Testimoni untuk kulit Normal

Testimoni..Mr Remy (using naQueen Professional Skin Solution)

 TESTIMONI-Adik siti ni pelanggan setia naQueen professional skin solution lps tu mencuba glutanaq selama sebln lebih dengan dos 2 bj pg 2bj mlm coz nak cepat sgt putih hehe..dia combine dgn sabun Glutanaq pakai sehr sekali sj waktu pg.


ambil glutanaq supplement + glutanaq saop juz 3 minggu..+ body whitening lotion spf 60.


Untuk pertanyaan hubungi:

0123258297 (Yatt)

naQueen Professional Skin Solution

sini
klik pada gambar 
naQueen Skin Care
Terdapat 5 item dalam satu set.

Set Kulit Normal
1. NQ Pittera Soap
2. NQ Whitening PRO-V (Vit C)
3. NQ Super Whitening Cream
4. NQ Sunblock Foundation SPF 60
5. NQ Super Night Cream

Set Kulit Berjerawat 
1. NQ Pittera Soap
2. NQ Acne Serum
3. NQ Super Whitening Cream
4. NQ Sunblock Foundation SPF 60
5. NQ Super Night Cream

Sebarang pertanyaan hubungi:
Yatt 
0123258297







Testimoni untuk kulit Jerawat..

sini
Assalamualaikum..

Ini adalah testimoni untuk masalah kulit berjerawat..
Jerawat mulai kecut seawal 4 hari dan parut2 dah mula hilang dalam tempoh sebln.

Dos 1biji pg 1 bj mlm. (Glutanaq Whitening Suplement)

Dengan pengunaan set naQueen professional skin care.

So jika ada sesiapa yang ada masalah jerawat boleh hubungi saya:

Yatie

  0123258297. 

Terima kasih.


Saturday, March 24, 2012

3 Tier Dress..First Trial

 Assalamualaikum.....
Alhamdulillah...akhirnya tercapai juga hajat CP (Cik Puan) nak cuba buat dress. Dulu2 berangan nak buat tapi CP takde mesin jahit, nasib baik mak baik hati nak bagi mesin jahit dia ni walaupun tak canggih macam orang lain punya tapi sempat jugala berbakti menghasilkan baju kurung anak2 untuk dipakai pada  hari raya..Next project CP sempat jahit sarung sofa...hehe nampak tak yang warna coklat tu...alas warna merah tu pun buat sendiri nak bagi ada juga warna merahhh.....CP jahit sendiri ok, tak belajar mana2 pun just ikut naluri sendiri je camana nak fix ngan sofa tu...janji boleh atasi masalah bulu-bulu yang terburai kat sana sini. (Ermm...En. Hubby bila kita nak tukar sofa baru...sampai dapat rumah baru la, kita tukar semua serba baru..) Sempat berangan sekejap...;) Lepas tu stop kejap sbb mesin rosak.;...(
Atas usaha hubby CP tolong baiki mesin ni, akhirnya dapatlah CP siapkan 3 tier dress ni. Nak tau dari mana CP belajar buat dress ni,..semuanya dengan bantuan En Google, akhirnya CP terjumpa beberapa blog yang siap bagi tutorial bagaimana nak buat dress. Antaranya anda boleh klik di sini, kalau rajin dan ada minat boleh cuba buat semua dress kat situ sebab ada tutorialnya sekali.

Macam pillowcase sbb main jerut je pakai reben., next time boleh cuba yang ada lengan atau bertali..
3 Tier Dress Aisya..
Model 1 : Raja Nuraisyatul Amani
Umur: 7 tahun
Model 2: Sofa coklat 
Wassalam.

Thursday, March 22, 2012

Kilang Roti Gardenia

Assalamualaikum ...
Hari ini hari yang ditunggu-tunggu oleh anak kedua CP..sebabnya hari ni sekolah adik ada buat lawatan ke kilang Gardenia...Parent pun boleh ikut ..bayaran yang dikenakan adalah RM 30 seorang..Kilang Roti Gardenia ni terletak di Shah Alam...Sampai saja di sana,kami disambut oleh Cik Husna, dia yang akan memberi penerangan tentang kilang ni..

Buka je pintu dah bau harum semerbak..hehe..bau roti je..dah tak sabar rasa nak tengok macamana diorang buat roti..Sebelum dibawa melawat ke kilang ada video kartun tentang asal usul gardenia ni... Alkisahnya penemuan roti ni asalnya oleh pembuat roti zaman Mesir Purba...Roti asalnya dikenali roti padat, rupanya keras dan berkerak, kalau nak makan mesti rendam ngan air atau sup..suatu hari si pembuat roti ni tak dapat habiskan roti tersebut (yang sudah diadun)...lalu disimpan bakinya...keesokannya, dia terkejut sbb roti tu dan mengembang (macam belon)...jadi dia cuba bakar dan hasilnya dapatlah roti (resepi ) yang enak, lembut dan sedap macam kita makan sekarang ni....

Roti diperbuat daripada gandum..Antara negara terbesar pengeluar gandum adalah Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah,Canada, Australia dan  Asia. Gandum yang dihasilkan di setiap negara adalah berbeza. Dari sinilah bahan2 mentah diperolehi, kemudian disimpan dalam silo tepung selama 7 hari sebelum dibawa ke kilang.

Ok nak tahu siapa owner gardenia malaysia??? Hasil google rupanya dipunyai oleh orang melayu kita Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary..Roti2 ini juga diberikan secara percuma kepada rumah Orang2 Tua, Rumah Anak Yatim dan juga Sekolah.

Ok..nak story sikit pasal operasinya...mengambil gambar adlah tidak dibenarkan..So Cp story jela k...Dalam ni ada banyak mesin,
Mesian A-pengadun 1, setelah diadun doh di simpan selama 4 jam dalam bilik khas
Mesin B- pengadun 2
Mesin C-pembahagi/divider-so yang keluar semua ketul2 doh yang kecil
Mesin D- pembulat /rounder-utk bulatkan doh
mesin E- untuk check berat roti yang mana kurang / terlebih berat diasingkan secara aotometik
Mesin F-intermediat proofer doh diarkan selama 10 minit disini
Mesin G-hehh..miss plak functionnya..mesin ni pun duduknya agak terlindung
Mesin H- Final proofer
Mesin I- Lidder
Mesin J-oven bakar selama 20 mint 200 C
Roti yang dah masak dikeluarkan dari oven dan disejukkan selama 1 jam...satu menara dikatakan boleh memuatkan 5,000 buku roti ada 2 menara kat situ maknanya lebih kurang 10,000 roti la..Roti yang terlebih perang juga di asingkan...(biasanya diberikan kepada staff).
Then ada lagi mesin2 lain yg fungsinya untuk memotong (14 slices), kemudian mesin pembungkus, lock tag berserta tarikh luput. Semuanya dilakukan oleh mesin kecuali menyusun roti dalam tray menggunakan khidmat pekerja.
huhh..panjang lebar CP cerita..kemudian ada sikit jamuan ringan...waffle terbaru keluaran gardenia..rasanya sedap jugak... dah keluar di pasaran...boleh la cuba rasa.

Sebelum balik dapat sorang satu beg yang mengandungi roti Gardenia...CP dapat 2 beg la...Kenyang la makan roti..Alhamdulillah, roti free memang sedappp,..hahaha


Apa yang terjadi pada roti yang telah tamat tempoh???
Biasanya roti tersebut akan dikutip semula dan di bawa ke sebuah kilang di Kemuning untuk dihancurkan seterusnya didermakan kepada Zoo Negara untuk haiwan2 disana.

Boleh ke makan roti expired???
Roti yang telah tamat tempoh seeloknya jangan makan, kerana walaupun tiada kulat pada roti tersebut sebenarnya pertumbuhan kulat telah berlaku dan hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop...Hehe, selagi tak nmpk kulat CP pun bantaii je walaupun kadang dah expired..

Pukul berapa operasi penghantaran dimulakan???
Operasi penghantaran dimulakan seawal jam 4 pagi ke Seluruh Semenanjung Malaysia.

Berapa lama masa keseluruhan untuk menghasilkan Roti Gardenia??
Masanya adalah 8 jam.

Berapa banyak roti dihasilkan satu hari???
Ha, percaya tak 450,000 roti dihasilkan setiap hari.
roti

Tuesday, March 20, 2012

Majalah pilihan bulan Mac

Assalam..
The first en3 about magazines...tetiba rasa nak buat en3 ni..
Best ke??
Maaf, CP belum sempat baca hari ni sibuk buat Tiramisu Cake untuk besday Hubby esok...
Nak tengok???
Esok kalau sempat saya post ok..
Bersambung next en3...
Sekian en3 M.A.L.A.S
Wassalam..

Tuesday, March 13, 2012

.:: SK PULO, KUCHING ::.: Tip UPSR: Cara betul menjawab Matematik Kertas 1 d...

Untuk rujukan CP...

.:: SK PULO, KUCHING ::.: Tip UPSR: Cara betul menjawab Matematik Kertas 1 d...: Oleh Roslan Rasip dan Ismail Mokhtar GAGAL menjawab soalan penyelesaian masalah antara faktor utama calon tidak mendapat markah maksimum bag...